[ KEJURUTERAAN ]

Ukur Kejuruteraan
Merupakan asas yang sangat penting dalam semua kerja-kerjarekabentuk dalam kejuruteraan awam. Semua pengukuran diikatkepada tanda-tanda ukur yang sah seperti tanda sempadan, tandaukur kawalan, batu aras, monumen penyegitigaan, monumen GPSdan sebagainya yang mempunyai nilai-nilai kawalan mendatar danmenegak.

Tujuan Ukur Kejuruteraan
Ia dijalankan bagi memenuhi keperluan berikut :-
a. Perolehan data-data spatial bumi untuk kegunaanrekabentuk kerja-kerja kejuruteraan awam.
b. ‘Setting out’ struktur binaan kejuruteraan awam kepadaparameter-parameter yang ditetapkan.
c. Menghasilkan pelan lengkap bagi tujuan kerja-kerjakejuruteraan.

Jenis-Jenis Ukur Kejuruteraan
a. Ukur kawalan mendatar.
b. Ukur kawalan menegak.
c. Penandaan (monumenting).
d. Kerja-kerja ‘setting out’ untuk jalan, landasan keretapi,talian paip, parit dan tali air, talian elektrik dansebagainya.
e. ‘Cross-sectioning’ dan ‘profiling’
f. Kontur dan butirang. Pengawalan deformasi struktur-struktur binaan sepertibangunan, jambatan empangan, pelabuhan dansebagainya.

1 comment:

  1. boleh bg definisi ukur kawalan mendatar dan menegak? sekali dgn mcm mana cara kerja

    ReplyDelete