[ KADASTER ]

Ukur Kadaster
Ukur kadaster adalah pengukuran bagi tujuan pengeluaran surathakmilik tanah termasuklah pengeluaran hakmilik strata dan hakmilik stratum. Tugas-tugas pengeluaran hakmilik tanah diSemenanjung Malaysia adalah diperuntukan di dalam KanunTanah Negara 1965. Di Sabah tertakluk kepada Ordinan Tanah(Sabah Bab 68) dan di Sarawak pula ialah Akta Tanah (SarawakBab 81).

 Jenis-Jenis Ukur Kadaster
a. Penentuan sempadan-sempadan negeri, daerahmukim, bandar dan seksyen.
b. Pelupusan tanah termasuk tanah desa, bandar dankampung.
c. Pelupusan tanah bawah tanah (Stratum).
d. Pengambilan balik tanah bermilik.
e. Pecah bahagi, pecah tanah dan penyatuan tanah.
f. Pecah bahagi bangunan (Strata)g. Ukuran kawalan tanah bermilik bagi pengukuran-pengukuran hakmilik tanah dan kejuruteraan.


 Tujuan
a. Pengeluaran surat hakmilik.
b. Merizab tanah bagi kegunaan kerajaan seperti- jalan- taliair- landasan keretapi- takungan air dan sebagainya.
c. Pengambilan balik tanah untuk tujuan awam seperti ;- sekolah- masjid- tanah perkuburan dan sebagainya.
d. Ukur Kawalan.

No comments:

Post a Comment